Monday, May 18, 2009

Happy MOTHERS Day !!

Emak
Kaulah yang melahirkan aku NORAINI BINTI AMIRRUDDIN
Tangan emaklah yang memelihara, dan mendidikku.
Emaklah yang bersengkang mata ketika sakitku.
Emaklah yang menyusukan dan menyuap ketikaku lapar dan dahaga.

Emak
Segala pengorbananmu hanya ALLAHswt sahaja yang dapat membalas
Segala pengajaran & nasihatmu akan sentiasa di dalam ingatanku dan akan menjadi contoh juga panduan untuk diriku

Emak kau seorang insan yang mulia di sisi Allahswt
Aku sangat bangga mempunyai seorang emak yang bernama SITI HAWA BT. MON

Ya Allahswt aku sangat bersyukur kerana masih mempunyai emak dan ayah juga adek2
Aku bersyukur kerana emak dan ayah juga adek2 masih sihat
Aku masih ingin melihat mereka dan aku tidak mampu untuk kehilangan mereka

Ya Allah TOLONG panjangkan umur emak ayah dan adek2 aku
Ya Allah berilah kesihatan yang baik kepada mereka
Lindungilah mereka Ya Allah.
Aku sentiasa berdoa agar mereka dimurahkan rezeki, bahagia juga mendapat rahmat dan kasih sayang dari Allahswt di dunia dan akhirat.

Emak,
Kaulah syurga ku,
syurga kami ber-5, kaulah syurga kebahagiaan kami semua
Kasihmu senantiasa bersamaku tidak pernah hilang dan tidak pernah pudar
Aku sangat bersyukur kerana emak dan ayah seorang yang penuh rasa cinta kepada Allahswt
Aku bersyukur kerana cukup sempurna didikan dan contoh terbaik mereka kepada aku juga adek2
Aku bersyukur kerana mempunyai emak dan ayah yang cantik, menarik, mempunyai air muka yang tenang, dihormati ramai dan menjadi contoh buat semua orang.

Ya Allah hilangkan lah rasa resah dan sedih hati emak dan ayah
Kau perdengarkan juga perkenankanlah doa mereka Ya Allah
Ya Allah Kau berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia & akhirat
Amin

Alhamdulillah
Kini aku juga seorang ibu kepada Muhammad Nadzrin Noorisyam
Aku berharap dan berdoa semoga Allahswt memberikan aku kekuatan, kesabaran, ketabahan sebaik baiknya menjadi seorang ibu yang baik juga dihormati
Aku berdoa supaya aku dapat memelihara, memberikan kasih sayang, juga mendidik anak ku ke jalan yang mulia dan diredhai Allahswt
Aku berdoa segala yang terbaik diberikan oleh Allahswt untuk kami
Amin..

No comments:

Post a Comment