Tuesday, February 5, 2008

MiSs TheM

Go Salsa Go !!

Our Best Gang


Hani, our X-Quantity Surveyor. we was under same department


The Mr Polis + YM Tengku Mahkota Johor + My Dato Krishnan
= IJM Construction

Scenic panorama from the top of the HiLL
(Gunung Ledang)

Yeaaahhhhh
Go IJM Go !!

See How Berani I am

Gang Bus sekola IJM


Group + Games = pak Abu yang penuh bergaya with his glasses


They was really happy berposing to the camera burok


She was anxious with this guy, he Luks loike pembunuh bersiri, but am happy to fren with him

Monday, February 4, 2008

berSyukur

1.Saya bersyukur atas kewujudan broadband di rumah shah alam, so kami boleh berchatting seisi keluarga

2.Saya bersyukur saya dilahirkan sempurna fizikal dan mental. Sihat walafiat.

3.Saya bersyukur saya dah timba banyak pengalaman dalam usia yang muda dan puas bersosial sebelum berkahwin

4.Saya bersyukur saya selalu didatangi kesedaran untuk berhenti membenci orang lain

5.Saya bersyukur saya tak anti-sosial

6.Saya bersyukur saya mempunyai sepasang telinga yang chanteek

7.Saya bersyukur saya tidak menghidap penyakit kronik.

8.Saya bersyukur emak dan ayah memberi nama Noraini Amirruddin

9.Saya bersyukur saya mempunyai eyebrow yang panjang dan lebat juga tidak melekat

10.Saya bersyukur saya dapat kongsi senarai kesyukuran saya dengan ramai orang terutama sekali dengan suami saya NOORISYAM.

11.Saya bersyukur saya mempunyai suami yang bernama NOORISYAM HAMID dan seorang anak lelaki yang comel bernama MUHAMMAD NADZRIN NOORISYAM

12.Saya bersyukur saya tidak tinggi dan hanya mempunyai ketinggian 150 sahaja

13.Saya bersyukur fashion sense saya, at least boleh diguna pakai.

14.Saya juga bersyukur berat badan saya mengikut dgn ketinggian saya 39 to 40 kg

15.Saya bersyukur dan saya boleh kata didikan ibubapa saya bagus.

16.Saya bersyukur adik lelaki saya masih suka bercerita perihal sekolah kepada saya, dan suka dengar nasihat saya tentang yang mana baik dan yang mana bakal pengaruh buruk.tapi tak bersyukur sbb adik yang perempuan makin besar kadang-kadang makin tak nak dengar cakap. Gerammm !!

17.Saya bersyukur saya reti hargai makanan enak-enak dan mampu makan tanpa risau berat badan, sbb berat saya tak mungkin akan naik dengan cepat malah akan turun sekiranya tidak makan

18.Saya bersyukur jerawat hanya selalu timbul di dahi dan dagu, bukan di ketiak, hidung, badan dan kaki.

19.Saya bersyukur emak dan saya menghias bilik pengantin saya sebelum saya berkahwin, ia sangat cantik dan ramai org pun suke.

20.Saya bersyukur bapa dan suami saya tidak berkahwin empat.

21.Saya bersyukur hidup saya penuh dengan cinta dan kasih sayang terutama sekali dari suami saya.

22.Saya bersyukur suami saya memberi kepercayaan kepada saya untuk menjaga akhlak semasa di luar dan tanpanya di sisi.

23.Saya bersyukur saya ade banyak aksesori seperti rantai, gelang gelang canteekkk yang bermacam macam color colory

24.Saya bersyukur saya ade banyak baju traditional yang sangat cantik dan mahal .

25.Saya bersyukur umur saya 26 thn dah mmpunyai suami yang baik dan anak lelaki yang chomeL

26.Saya bersyukur dalam keadaan kegawatan ekonomi, saya ade peti sejuk utk menyimpan segala barang makanan

27.Saya bersyukur saya pernah memakai kasut kasut yang cantik, aneh dan hebat sebelum berkahwin

28.Saya bersyukur ps2 boleh main empat controllers.

29.Saya bersyukur saya mempunyai segala keperluan rumah yang hebat dan hampir lengkap hasil titik peluh walaupun washing machine saya masih belom bertukar dan uzur dengan bunyi yang aneh apabila membuat washing di rumah

30.Saya bersyukur dapat duduk di kawasan perumahan yang aman damai, walaupun tingkat 3 dan dipaksa mendaki tangga hari hari untuk sampai ke atas

31.Saya bersyukur walaupun saya tak berapa cantik, tapi masih ada angle muka saya yang boleh diguna pakai bagi bergambar untuk tontonan umum.

32.Saya bersyukur walaupun bibir saya dan pipi selalu kena gigit nyamuk, tapi saya tidak hidapi demam denggi.

33.Saya bersyukur saya dapat kongsi kisah hidup dengan orang ramai

34.Saya bersyukur saya sudah berani membonceng motor bersama suami saya.

35.Saya bersyukur saya ada tempat untuk mengadu dan berkongsi suka-duka bersama suami terchenta.

36.Saya bersyukur saya masih boleh makan menggunakan mulut

37.Saya bersyukur saya ade banyak handbag yang cantik cantik dan mahal. (Dgn nada riakkkk )

38.Saya bersyukur saya seorang yang kurus dan kecik dan masih bole memilih juga memakai baju bersize kids berumo 12 tahun

39.Saya bersyukur Allah letakkan ketakutan dalam diri saya dan bersyukur sebab saya memang penakut.

40.Saya bersyukur saya masih tinggal di Malaysia dan mempunyai kewarganegaraan Malaysia.

41.Saya bersyukur period saya teratur.

42.Saya bersyukur dilahirkan dalam keluarga Islam.

43.Saya bersyukur mempunyai suami yang sangat reasonable, pandai, baik, bijak, rasional dan mempunyai tanggungjawab

44.Saya bersyukur kita boleh ke mana mana di Malaysia tanpa risaukan pengeboman seperti di Palestine.

45.Saya bersyukur saya boleh check in dengan suami saya tanpa rasa risau atau takut kerana saya mempunyai kad nikah.

46.Saya bersyukur saya masih bole melihat, merasa, mendengar, berjalan, berdiri, duduk, baring, menonggeng, melompat, memasak, menjerit, membebel, menjeling, merajuk, mengengek, mengumpat dan masih mempunyai sifat kasih dan sayang pada manusia dan haiwan juga benda2 hidup

47.Saya bersyukur ada 5 orang adik beradik dan dapat berjalan dengan begitu meriah hanya dengan sekeluarga.

48.Saya bersyukur saya pernah menonton DUYUNG untuk berasa bangga yang saya juga faham bahasa Malaysia. (SAYA ORANG MALAYSIA)

49.Saya bersyukur dengan memori saya yang agak kuat (walaupun pendek)

50.Saya bersyukur saya seorang yang kedekot

51.Saya bersyukur tiada cikgu yang pernah benci @ palang saya atau baling buku saya ke luar kelas yang mungkin akan membuat saya benci alam persekolahan.

52.Saya bersyukur saya seorang perempuan. Boleh pakai make up tanpa dibenci.

53.Saya bersyukur rambut saya lurus dan lembut tanpa berpanas panas dan bersusah payah utuk meluruskan

54.Saya bersyukur walaupun saya gemar gila memicit jerawat suami saya sehingga berdarah terkoyak kulit dan sakit, tetapi dia masih merelakannya

55.Saya bersyukur perut suami saya buncit kerana itulah bahan mainan saya ketika sunyi dan saya selesa memeluknya, sangat lembut

56.Saya bersyukur kerana kami mempunyai Gen 2 silver, walaupun ia penuh dgn masalah, hmmpp biase laaaaa PROTON kannn

57.Saya bersyukur masih ada lagi orang yang sudi melayan keranah saya.

58.Saya bersyukur yang saya seorang perempuan dan tidak mempunyai rambut keras serta suara kasar.

59. Saya bersyukur saya masih bernyawa dan masih hidup dan mempunyai ramai kawan.

60. Saya bersyukur saya selalu berpeluh kerana saya tahu badan sedang berfungsi dengan baik mengeluarkan toksin.

61. Saya bersyukur saya pernah bekerja di company yang hebat iaitu Leighton Contractors, IJM Construction.

62. Saya bersyukur saya selalu bersyukur.

63. Saya bersyukur saya tidak boleh nampak benda yang menakutkan seperti hantu, makhluk halus, makhluk kasar

64. Saya bersyukur saya tidak tinggal di tepi loji kumbahan.

65. Saya bersyukur benda yang saya masak selalunya boleh dimakan dan mendapat pujian ramai.
66. Saya bersyukur kerana saya juga dapat mempunyai blog seperti makhluk lain

67. Saya bersyukur yang saya sebenarnya ada banyak lagi benda untuk bersyukur walaupun dah penat nak tulis

Syukur Alhamdulillah...